Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub)
Jika
seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,
tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
kamu.
Cinta itu
seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu
seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu
seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cendera hati, sekali diberi tidak akan di lupakan, jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta,
ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana
ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan
kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak
semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah
dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu
berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari
seseorang itu.
Cinta tidak
semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu
menghargai atau memahaminya. Apalah arti cinta jika kesetiaan yang wujud
bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu
satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti
sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur
berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang
bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak
kita menjadi milik kita.
Cinta tak
semestinya diakhiri dengan perkawinan. Perkawinan tanpa cinta tak
semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah
segala-galanya.
Untuk bercinta kita
mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada
kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan
menghancurkan hidup kita.
Ingat
disetiap waktu ada orang yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta perempuan
itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila
ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin,
walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan
cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan
malam yang gulita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai
kita mencinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan
layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir
kerana ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat
dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila
dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin
jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Cinta itu
adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta
itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta
itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR
Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya
Jangan
pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah
menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya.
Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya
berbohong.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bunda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia.
Ada
cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang
tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta
dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa.
Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justru, cinta dikatakan
sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
Sumber :
0 comments:
Post a Comment